Sabtu, 18 Jun 2011

Kenali dan fahami 1Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Slogan 1Malaysia
Slogan satu malaysia pada 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".Slogan pada 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 52 dan 53.

Logo 1Malaysia
Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kekeliruan maksud
Maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia . Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza. Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat. Masing-masing mempunyai pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan kerana pemahaman setiap agama itu berbeza dan dengan ini saya berasakan ia perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak salah tanggapan.
Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu
Konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Perdana Menteri,Dato Sri Najib Razak berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.
“Insya-Allah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang,”
Bersandarkan konsep ini, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.Dalam menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.

Satu Malaysia bukan retorik politik
Gagasan Satu Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.Konsep berkenaan juga akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu yang bukannya berlaku dalam satu malam sahaja.Paling penting ialah semua pihak menerima idea satu bangsa yang merupakan intipati konsep berkenaan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.
Bagi meningkatkan kefahaman terhadap istilah satu bangsa, rakyat Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan